Ranau Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 90 on Sun Jul 04, 2021 5:58 pm
Latest topics
» Analisa Instaforex
Masalah berdengkur EmptyMon Jun 06, 2022 9:03 pm by azam575

» Promosi Dari Broker Instaforex
Masalah berdengkur EmptyMon May 16, 2022 8:23 pm by azam575

» Peraduan sepanjang zaman - One Million Option!
Masalah berdengkur EmptyFri Jan 17, 2020 8:22 pm by azam575

» Mazda 6 untuk Malaysia dari InstaForex
Masalah berdengkur EmptyFri Jan 10, 2020 10:05 pm by azam575

» Instaforex FX-1 Rally
Masalah berdengkur EmptyFri Dec 20, 2019 10:30 pm by azam575

» Memenangi Lamborghini Dengan Mudah!
Masalah berdengkur EmptyMon Dec 09, 2019 7:16 pm by azam575

» Bonus InstaForex
Masalah berdengkur EmptyFri Oct 11, 2019 11:02 pm by azam575

»  InstaForex - instaforex.com
Masalah berdengkur EmptyMon Jun 24, 2019 9:11 pm by azam575

» Instaforex Trade Wise, Win Device
Masalah berdengkur EmptyTue Jun 11, 2019 10:45 pm by azam575

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


Masalah berdengkur

Go down

Masalah berdengkur Empty Masalah berdengkur

Post by orangaslisabah Wed Nov 23, 2011 11:20 pm

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Masalah berdengkur PenyakitTemplate_clip_image002_0005

Masalah berdengkur PenyakitTemplate_clip_image004_0003

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

1. Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
3. Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
4. Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
5. Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
6. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
7. Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
orangaslisabah
orangaslisabah

Posts : 34
Points : 86
Join date : 2011-11-02

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum